Hadith Today

Cube-cube le try mane le tau...huhuhuh :->

Wednesday, September 10, 2008

Angan Mat jenin ANWAR




PAS semakin tidak yakin sasaran membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat
akan tercapai 16 September ini, sedang DAP tiba-tiba menentang keras
sebarang kegiatan lompat parti.

Ini sekali gus menggugat rancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baru Pakatan
Rakyat (PKR-DAP-Pas) yang heboh diuar-uarkan pada tarikh itu.

Anwar yang semakin gelisah dan macam `orang mamai' membawa diri ke
Jakarta dan terbaru wartawan di ibu negara Indonesia itu mendapat tahu
matlamat Pakatan Rakyat itu ditunda ke Oktober atau Disember saja.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak awal lagi tidak yakin
sasaran komplot Anwar itu akan tercapai.

Terbaru Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertegas menolak sebarang
kemasukan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) ke dalam Pakatan
Rakyat semata-mata kerana wang dan kuasa (tentunya jawatan Menteri).

Lim seolah-olah tidak tahu apa yang ditawarkan oleh Anwar kepada AP
kerajaan BN itu. Atau beliau berpura-pura seolah-olah suapan wang sama
sekali tidak akan berlaku. Katanya, jika mereka lompat parti kerana
mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, tindakan itu tidak beretika dan
tidak boleh diterima.

Sama ada pembentukan kerajaan baru akan berlaku atau tidak pada 16
September ini ia bergantung kepada banyak perkara, kita perlu tunggu
dan lihat.

Anwar sebelum ini melahirkan keyakinan bahawa sekurang-kurangnya 30
wakil rakyat BN khususnya dari Sabah dan Sarawak akan menyertai
pembangkang mulai 5 September bagi membolehkan pembangkang menubuhkan
kerajaan baru.

Tetapi semuanya tidak berjalan lancar seperti dirancangkan. Malah Kit
Siang tetap bertegas DAP hanya akan menerima kemasukan wakil rakyat BN
ke dalam pakatan pembangkang jika mereka berbuat demikian atas prinsip
mahu mengubah kerajaan yang ada.

Beliau seterusnya menggesa supaya dimansuhkan peruntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan yang melarang Ahli Parlimen meletak jawatan
daripada bertanding dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun.

Kini, Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, yang
dilaporkan bimbang orang Melayu semakin yakin Anwar terbabit kes liwat
pula berkata : "Pas tetap berwaspada dengan sebarang andaian serta
khabar angin yang dikhuatiri boleh mengelirukan parti-parti komponen
Pakatan Rakyat sendiri".

Mereka agaknya tidak mahu tertipu dengan putar belit Anwar malah
antara tidak yakin dan ragu-ragu itu, Nasharuddin yang mewakili
golongan `young Turks' dalam Pas berkata lagi:" Sekiranya pembentukan
kerajaan baru benar-benar terjadi 16 September ini, maka kita sentiasa
menyokongnya. ''

Setakat ini nyatalah segala ramalan yang disebarkan secara meluas,
termasuk melalui SMS, tidak menjadi kenyataan.

Menurut spekulasi yang disebarkan, pada 5 September semua komponen
parti BN dari Sabah dan Sarawak mengisytiharkan keluar BN.

Kemudian pada 6 September, semua komponen BN di Semenanjung (kecuali
MCA dan MIC) mengisytiharkan keluar daripada gabungan itu.

Selepas itu, pada 7 September 10 Ahli Parlimen BN umum pindah ke
Pakatan Rakyat...8 September, lima menteri kabinet BN letak jawatan
dan menyertai Pakatan Rakyat...9 September, sidang tergempar Parlimen
dipanggil... 10 September Perdana Menteri (Pak Lah) umum letak
jawatan... 12 September, Anwar umumkan pembentukan kerajaan sementara
pada ...16 September, Anwar angkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Setakat ini tiada satu pun ramalan itu menjadi kenyataan. Sebaliknya
penafian demi penafian dibuat oleh pihak BN, termasuk Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang cukup tersinggung kerana namanya disebut-sebut
sebagai salah seorang menteri yang akan berpaling tadah.

Kini satu demi satu babak sandiwara oleh Anwar habis dilakonkan.
Ternyata semuanya tipu muslihat yang tidak menjadi belaka. Malangnya
masih ramai rakyat Malaysia yang mempercayai Anwar, seorang budak
nakal yang terus nakal sekalipun sudah mempunyai cucu. Mereka ini
tidak mahu membiarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Mereka
juga mahu terjun bersama si Luncai

No comments:

pe la dlm biskut ni ek....