Hadith Today

Cube-cube le try mane le tau...huhuhuh :->

Thursday, September 25, 2008

cuti raye...



Hari ini khamis, 25 september 2008...malam ini adalah malam terakhir saya di kolej sebelem besok pulang bersama keluarga di kampung saya rembau negeri sembilan...ramadhan kali ini yang hampir habis telah saya sia-siakan sekali lagi dalam hidup saya...tak tahulah tahun hadapan bagaimana sama ada umur panjang atau tidak untuk bertemu ramadhan tahun hadapan. Raya kali ini pula kosong lagi bagi hidup saya...tiadanya insan yang tersayang disisi...inilah hidup...inilah sandiwara dunia...umur makin meningkat dewasa...tanggungjawab pula makin berat untuk dipikul...kebanyakan apa yang saya kejar dapat tapi yang saya kendong bnyak keciciran...inilah akbiat kalau mengikutkan nafsu...harap-harap lepas ni hidup saya akan jadi lebih bermakna daripada hari ini...disamping keluarga tersayang...tiada yang saya harapkan didunia ini kecuali hidup yang sempurna...menjadi manusia berguna...saya dah banyak buang masa, kerana perempuan, kerana kebebasan, kerana kemewahan tapi akhirnya merugikan diri saya sendiri. Saya tak kisah sekarang, kerana dalam hidup saya dah bnyak manusia saya jumpa, dah bermacam-macam dugaan saya lalui, keperitan, kesusahan, tp alhamdulillah kata orang manusia yang banyak dugaan ni tuhan sayang sebenarnya...tuhan nak kita susah sebab bila seseorang manusia itu susah mereka akan kembali kepangkal jalan, mereka akan sedar betapa kerdilnya diri ini...tuhan dah bagi kita akal untuk berfikir,,,jd tanggungjawab kita untuk mencorakkan, kalau baik yang kita pilih, baik lah jadinya dan kalau sebaliknya sendiri mau ingatlah kan...apa yang saya pikir lepas ni saya nak gunakan apa yang telah Allah s.w.t kurniakan pada saya, nama, kebolehan, pengalaman untuk menentukan hidup saya menjadi lebih baik dari hari ini sesuai dengan tema hidup saya iaitu buat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik untuk yang terbaik...insyaallah...harap doakan saya...sokong saya...bantu saya...akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menyambut aidulfitri yang akan datang...saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki zahir dan batin jika ada terkasar bahasa didalam blog ini...

Assalamualaikum

No comments:

pe la dlm biskut ni ek....